heartbeats.
♥ @syra95 "Ya Allah berikanlah kejayaan kepadanya SPM 11A+ ;)"


Buku baru.


Assalamualaikum. Kalau tak jawab dosa, kalau jawab Allah sayang sokmo.. tapi lebih baik kita ringan ringan kan untuk menjawab sebab menjawab salam itu adalah wajib tapi memberi salam hanyalah sunat mua'kad.

Tiada kata yang ingin ku ucapkan melainkan kata maaf kepada semua orang. Tak kesahlah Raihan yang salah dekat dia, atau dia salah dekat Raihan dulu. Raihan cuma harap, maafkan segala kesalahan Raihan dari mula kita kenal sampai lah sekarang. Semoga ukhwah kita akan kekal selamanya. Bermula bulan baru dalam calendar Islam, berdoalah agar bulan bulan lepas punya amalan diterima dan diberkati olehNya, insyaaAllah. Satu benda sahaja yang ingin Raihan pesan untuk sahabat semuanya, bila kita meninggalkan segala kemungkaran, beristiqamahlah :') Walaupun sekecil mana amalan kita itu, ingatlah, biar ia kecil tapi kita istiqamah daripada nampak besar tapi hanya dengan hangat hangat tahi ayam. Allah akan pandang walau sekecil mana sekali pun amalan kita. Istiqamahlah wahai sahabat =') Jangan putus asa dalam berhijrah kearah kebaikan. Allah akan bantu jika dia niat hanya untukNya sahaja. Sebab, apa yang kita buat bergantung pada niat kita. Dan apabila kita niat nak buat baik, kita dah dapat pahala. Tapi bila kita niat nak buat jahat, tapi tak jadi buat, kita tak dapat pun dosa. 
Indahnya Islam. 
Mudahnya Islam. 
Sempurnanya Islam. 
Lengkapnya Islam.
Rasulullah SAW telah bersabda, "Tiap-tiap yang baik itu sedekah."
"..Semoga kita menjalani hari hari kita dengan beribadah kepadaNya. Biar kita tidak dapat iPhone5 tapi kita dapat memenuhi buku amalan kita dengan iPray 5 setiap hari.. "
Princess.


                                                                                                                            

1 comment: